Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung - pengunjung.
Kami mengalu-alukan kepada pengunjung semua untuk bersama kami bagi menimba ilmu agama dengan apa jua cara dan kaedah supaya kita tidak tergelincir dalam kehidupan dalam mencari keberkatan dan keredhaan ALLAH S.W.T.
Disini pihak admin ingin berkongsi kepada semua pengunjung, audio² dan video² yang pihak admin telah kumpulkan dari segala sumber yang ada di dalam internet ini.
Dikesempatan ini pihak admin juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu² yang telah membuka jalan mudah dengan menyediakan saluran istimewa bagi admin dalam mengumpulkan bahan² agama samada dalam bentuk multimedia, artikel dan sebagainya.
InsyaALLAH, admin juga bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai satu rujukan mudah untuk ilmu² agama sebagai contohnya artikel berkenaan dengan fardhu ain.. InsyaALLAH...
Dimasa hadapan, admin juga akan usahakan untuk menyediakan saluran mudah bagi pengunjung untuk memuat turun kuliah² dan ceramah² yang disiarkan di dalam RADIO KULIAH ONLINE ini.
Admin juga akan terus berusaha bagi menambah koleksi² kuliah dan ceramah yang disiarkan di dalam radio ini.
Kepada pengunjung², admin mengalu² kan cadangan, idea, pendapat, dan bahan² bagi memantapkan RADIO KULIAH ONLINE ini.
Admin boleh dihubungi melalui emel di radiokuliah@gmail.com
Teruskan lah menimba ilmu agama untuk dijadikan bekalan kepada kita bagi di dunia sehingga ke akhirat.
Semoga pengunjung² dapat membantu dengan menghebahkan radio ini kepada sesiapa sahaja.
Yang mencari keredhaan,
Admin Radio Kuliah Online
Sunday, 6 January 2013
Ustaz Shahul Hamid - Telaga Nabi, Kitab Bidayatul Suul Fi Tafdhiilil Rasul 26.12.2012
No comments:
Post a Comment